|
Thursday, 04 December 2008 |
DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN SECARA UMUM - Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Sustainable = Berterusan.
- Bandar mampan mengikut definisi ‘United Nations Centre For Human Settlements’ (HABITAT), “Bandar yang mampu mengekalkan pencapaian dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal untuk selama-lamanya”.
- Bandar mampan mengikut definisi ‘Research Triangle Institute’ (RTI) adalah “Wilayah metropolitan yang boleh bersaing dengan jayanya di peringkat global tetapi masih boleh mengekalkan keunggulan budaya dan alam sekitarnya”.
- Mengikut Laporan ‘Our Common Future’ yang diterbitkan oleh ‘The World Commission on Environment and Development’ (WCED), 1987, pembangunan mampan adalah “pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka’
DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN ANTARABANGSA - Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendefinisikan pembangunan mampan sebagai
“pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang memenuhi keperluan mereka” DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN NEGERI SELANGOR - Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan definisi pembangunan mampan di dalam konteks tempatan Mampan Selangor (2000) ;
"Pembangunan mampan ialah mengenai reformasi ekonomi; proses pembangunan mengambilkira dengan serius kesan pembangunan terhadap alam sekitar, sumber asli dan masyarakat setempat’ - ltizam Pembangunan Mampan Selangor yang dideklarasikan pada 4hb. Jun 1999 merupakan kesungguhan sebuah kerajaan negeri di Malaysia yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan di Selangor dilaksanakan secara mampan.
- Negeri Selangor mendokong secara rasminya konsep pembangunan mampan melalui pelaksanaan Projek Strategi Pembangunan Mampan Selangor dan Agenda 21 Selangor.
- Dokumen dasar yang telah dihasilkan ialah:
- Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sekitar (1999)
- Stategi Pembangunan Mampan Selangor (2000)
- Agenda 21 Selangor (2001)
- Panduan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor (2002)
UNIT PEMBANGUNAN MAMPAN SELANGOR Unit Pembangunan Mampan Negeri Selangor bertanggungjawab melaksana, menyelaras dan melapor kemajuan program pembangunan mampan Selangor kepada Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mampan Selangor dan seterusnya kepada Jawatankuasa Perancang Negeri. Antara tugasan Unit Pembangunan Mampan Negeri Selangor ialah :- - Melaksana dan menyelaras Program Pembangunan Mampan Selangor iaitu:
- Pelaksanaan Agenda 21 Selangor
- Pelaksanaan Agenda 21 Tempatan (LA21 PBT)
- Pelaksanaan MURNInet,
- Pelaksanaan Bandar Selamat
- Melaksana ketetapan yang telah diputuskan oleh:
- Pihak Berkuasa Negeri
- Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor
- Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mampan Negeri Selangor
- Jawatankuasa Pelaksana Pembangunan Mampan Negeri Selangor
- Menyediakan sokongan maklumat Pembangunan Mampan Negeri Selangor kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor.
- Menyelaras aktiviti di peringkat agensi pelaksana, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Swasta dan Pertubuhan Masyarakat .
- Membangunkan petunjuk pembangunan mampan dan menyediakan laporan tahunan status pembangunan mampan negeri ;
- Melaksanakan e-Agenda 21 Selangor untuk meningkatkan “Participatory Planning” dan penglibatan masyarakat dalam agenda 21 tempatan; dan
Unit ini juga berperanan dalam menjadi urusetia kepada beberapa mesyuarat seperti:- - Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mampan Negeri Selangor;
- Mesyuarat Pegawai Pembangunan Mampan Negeri Selangor.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 04 December 2008 )
|